Skip to main content

Budaya Popular

Rakaman CCTV Pemberi Kek Red Velvet Kepada Suami Orang Tersebar, Siapa Sebenarnya H?

cctvh.jpg
Selepas berita mengenai dua orang pelakon berstatus suami orang, Hisyam Hamid dan Fikhree Bakar menerima sepotong kek red velvet bersama sekeping nota disiarkan semalam, Astro Gempak menerima satu kiriman e-mel.

BACA: Siapa H Yang Hantar Kek Red Velvet Kepada Pelakon Berstatus Suami Orang?

E-mel dengan subjek 'Rakaman CCTV H' itu disertakan dengan sebuah potongan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi video tersebut, kelihatan kelibat seorang wanita yang berada dalam keadaan mencurigakan meninggalkan sebuah bungkusan di hadapan rumah.

Bungkusan tersebut dipercayai mengandungi kek red velvet bersama sekeping nota dan ditinggalkan di hadapan rumah salah seorang pelakon tersebut.

Kejadian ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya, siapakah sebenarnya gerangan H yang menghantar sepotong kek red velvet bersama sekeping nota kepada pelakon yang berstatus suami orang.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement