Menjalin hubungan cinta lebih empat tahun, pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana selesa untuk tidak terlalu mendedahkan ikatan yang sedang dibina.
Bagi Syafiq dan Mimi, cukuplah sekadar orang ramai tahu yang mereka kini sedang rapat dan berada dalam fasa bercinta serta belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Menerusi temubual dengan HLive, Syafiq mengakui reaksi keluarga mereka berdua positif apabila hubungan cinta mereka diketahui ramai.
"Reaksi keluarga positif. Kita berkawan secara positif dan masing-masing tahu. Keluarga pihak saya tahu, keluarga pihak Mimi juga tahu.
"Apa yang mereka mahukan ialah untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Jadi, perkara terbabit perlu kami kejar dahulu sebelum memikirkan mengenai benda lain," katanya kepada HLive.
Dalam perkembangan terbaru, filem lakonan Syafiq dan Mimi, Pusaka bakal menemui penonton pada 31 Oktober ini.
Filem terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47 ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid.
Selain Syafiq dan Mimi, filem ini turut membariskan bintang hebat seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).