HIBURAN
Restoran Buka Cawangan Baru, Aliff Syukri Belanja Makan Percuma Selama 7 Hari
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri bermurah hati ingin memberi makanan secara percuma kepada pengunjung restoran barunya.
Membuka cawangan baru Rumah Makan Terlajak Laris di Sungai Buloh, Selangor, Aliff membuat tawaran terhad kepada 100 pengunjung pertama yang hadir ke restoran miliknya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu membuat hebahan mengenai tawaran tersebut menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.
"Datanglah @romahmakanterlajaklaris di Sungai Buloh hari ni grand opening. 100 yang terawal akan dapat makanan free dan setiap hari makanan yang berbeza yang kami beri secara percuma. Zoom dan baca poster ini," tulis Aliff.
Rata-rata peminat teruja dengan tawaran yang diberikan oleh Aliff dan mahu mencuba nasib berkunjung ke restoran tersebut.
Netizen juga memuji Aliff yang bermurah hati memberikan makanan percuma kepada peminatnya.
Sebelum ini, pelakon filem Badang itu membuka cawangan restoran pertamanya di Kota Damansara, Selangor.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff
Must-Watch Video