Skip to main content

Budaya Popular

"Risiko-Risiko Yang Disebut Doktor Sangat Mengerikan .." - Akibat Tekanan Darah Terlampau Tinggi, Abby Abadi Dimasukkan Ke Hospital

abby.jpg
Pelakon Abby Abadi telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh semalam.

Menurut Abby yang kini sedang hamil hampir enam bulan, dia diduga apabila tekanan darahnya terlampau tinggi.

"Ni saya masuk hospital terpaksa berpisah sementara sebab tak dapat bilik.

"Semalam nak masuk KPJ dorang tak terima kes saya. Suami bawa ke hospital Sungai Buloh ok diterima di sini.

"Tanya kat kaunter pasal bilik memula kata kena masuk wad biasa nak pantau dulu. Lepastu tanya bilik lagi rupanya kena booking awal.

"Tiada pilihan masuk juga. Sebab darah tinggi saya tak terkawal. 

"Risiko-risiko yang disebut doktor sangat mengerikan huhu. Suami penat nak balik, tidur dalam kereta. Kesian dia," tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menegaskan faktor umur bukan sebab utama tekanan darahnya tidak stabil.

"Setelah 24 jam berlalu saya masih di sini. Saya dihantar masuk wad.

"Darah turun naik. Inject tang sana inject tang sini. Makan ubat macam-macam.

"Darah tinggi oh darah tinggi aduhai. Esok kena puasa pula untuk cek gula.

"Ni bukan sebab umur sebab depan saya anak pertama pun darah tinggi juga.

"Sebelah saya anak pertama sampai kena sawan sebab darah tinggi juga.

"Ujian masing-masing tak sama. Doakan yang baik-baik ye. 

"Saya bosan ni jadi terbebel sikit sebab rindu suami dan anak-anak semua. Tak sabar nak dengar doktor kata boleh balik tapi entah bila aarghhhh, tambahnya lagi.

Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
 
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
 
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sheshekali rinduhuhu @jaiezzany ? . Kami selalu sama2 Kerja sama2 Jaga anak sama2 Makan minum sama2 Tanggungjawabpun diurus bersama Baik suami ni Terima Sy seadanya Dobok2 pun dia layankan aje hihi ? . Ni Sy masuk hospital, terpaksa berpisah sementara sbb tak dpt bilik. Smlm nk masuk KPJ, dorg tak terima kes Sy. Suami bawak ke Hospital Sungai Buloh, ok diterima disini... tanya kat kaunter pasal bilik.. memula kata kena masuk wad biasa nk pantau dulu. Pastu tanya bilik lagi.. rupanya kena booking awal ?? . Tiada pilihan.. masuk juga. Sbb darah tinggi Sy tak terkawal. Risiko2 yg disebut doc sangat mengerikan huhu.. suami penat nak balik, tidur dalam kereta. Sian dia ? . Setelah 24jam berlalu Sy masih disini. Sy dihantar masuk wad. Darah turun naik. Inject tang sana. Inject tang sini. Makan ubat mcm2.. Darah tinggi oh darah tinggi aduhai.. esok kena puasa pula utk cek gula... ni bukan sbb umur sbb depan sy 1st baby pun darah tinggi juga. Sebelah Sy, 1st baby sampai kena sawan sbb darah tinggi juga. Ujian masing2 tak sama. Doakan yg baik2 ye. Sy bosan ni jadi terbebel sikit sbb rinduuu suami dan anak2 semua... Tk sabarrr nk dengar Doc kata buleh balik tp tahhh bila.... aarrgghhh!! ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Advertisement

Must-Watch Video