Aktres Izara Aishah mendedahkan mengalami kecederaan teruk disebabkan kemalangan yang berlaku sekitar empat bulan lalu ketika menjalani penggambaran drama bersiri Ombak Rindu.
Penggambaran Ombak Rindu itu dijalankan di pulau peranginan popular, Pulau Langkawi, Kedah.
Memetik laporan Astro Awani, Izara menjelaskan walaupun dia berkeras untuk meneruskan penggambaran namun dihalang oleh pihak produksi.
"Sejurus kemalangan, pihak produksi membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan keadaan saya okey, tiada yang serius.
"Dan saya juga bersemangat untuk kembali ke lokasi penggambaran. Saya cuba untuk meneruskan kerja namun pihak produksi berpendapat, saya harus berehat sebelum benar-benar bersedia. Jadi, saya bercuti selama seminggu," katanya.
Dalam pada itu, Izara akui suaminya, Muhammad Adib berasa terkejut selepas menerima berita tersebut malah menasihatinya agar segera kembali ke Kuala Lumpur.
"Suami saya sangat terkejut serta bimbang dengan keadaan saya. Dia juga menasihati agar saya segera kembali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Saya terangkan pada suami. Alhamdulillah dia memahami. Syukur semuanya okey," kata Izara lagi.
Terdahulu, Izara telah memuat naik beberapa keping foto wajahnya yang lebam serta bahagian hadapan gigi yang sumpik di Twitter miliknya hari ini.
Foto tersebut rata-rata mendapat perhatian pengikutnya yang berasa kasihan melihat keadaanya itu.

Sumber: Astro Awani