HIBURAN
"Saya Cuba... Hanya Allah Yang Tahu" - Bertudung, Ini Komen Sharifah Shahirah
Pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera punyai pandangannya tersendiri berhubung saranan peminat untuk berhijab.
Akui sedang cuba untuk melengkapkan diri dengan ilmu sewajarnya, kata Shiera, dia memang punyai niat untuk bertudung.
"Insya-Allah apabila sudah berumur ni, secara sendirinya memang nak tutup aurat dengan sempurna.
"Tetapi sekarang saya masih belajar untuk bersihkan hati dahulu. Belajar untuk tidak keluarkan cerita aib orang atau 'membawang'.
"Banyak benda lagi perlu belajar dan saya mahu sempurnakan solat lima waktu terlebih dahulu.
"Saya cuba... Hanya Allah saja yang tahu isi hati kita," katanya kepada Gempak.
Shiera akui sukar untuk mengulas lebih mendalam berkaitan isu agama dan politik namun dia akan tetap menjaga batas aurat sekiranya berada di majlis keagamaan.
"Banyak tempat yang saya hadiri dengan melilit (tudung), apabila saya tak melilit pun orang bukannya pandang saya pun mungkin kerana sudah berusia.
"Sepatutnya yang muda-muda itu kena melilit sebab nampak ghairah," saran Shiera.
Beberapa perkongsian di Instagram Shiera sebelum ini menampilkan imejnya yang berhijab sekali gus menggamit komen positif dan doa daripada peminatnya.
Must-Watch Video