Pelawak, pelakon dan penyampai radio Suria, Issey Fazlisham tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas rakan gandingannya, Shahrol Shiro.
Issey, Shahrol dan Fizi Ali bergandingan dalam mengendalikan segmen Team Pagi Suria.
Baru-baru ini, timbul khabar yang mengatakan Shahrol telah ditamatkan kontrak lebih awal oleh pihak pengurusan radio tersebut.
"Sejujurnya, saya dengan Shahrol memang tiada sebarang masalah. Kami bersahabat baik seperti biasa.
"Saya tak mahu memberikan komen berkenaan dengan kerja kerana itu di luar bidang saya. Ia antara Shahrol dan pihak pengurusan. Saya dan Fizi tidak mahu masuk campur.
"Apa yang boleh saya katakan, Shahrol merupakan seorang rakan yang baik dan saya dan Fizi tiada sebarang masalah dengannya," kaat Issey.
BACA: "Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?" - Shahrol Shiro
Issey ditemui di majlis pelancaran single nyanyiannya bersama single solo Danial Zaini serta majlis pengenalan artis di bawah naungan DATU Entertainment di Wisma Datu, Shah Alam pada Rabu.
Bercakap mengenai single pertamanya yang berjudul Alololo, Issey berharap agar ia dapat diterima oleh peminat.
"Saya sedar saya bukan seorang penyanyi tetapi lagu ini menjadi salah satu percubaan saya untuk mengembangkan bakat.
"Saya mempertaruhkan lagu serta jalan cerita yang menarik, jadi saya berharap agar ia dapat diterima ramai," kata Issey lagi.
Lagu Alololo terbitan Datu Entertainment ini mendapat sambutan yang baik selepas dilancarkan enam hari lalu dan kini meraih lebih setengah juta tontonan di laman YouTube.