gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Katy Perry, Orlando Bloom Berpisah Lepas 7 Tahun Bercinta
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Hanya Bagi Salam Dan Lepas Tu Netizen Tanya Kenapa Ustaz Pun Masuk Group Bawang?” - Fakhrul UNIC

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
01/04/2020
15:13 MYT
Sponsor Banner
“Saya Hanya Bagi Salam Dan Lepas Tu Netizen Tanya Kenapa Ustaz Pun Masuk Group Bawang?” - Fakhrul UNIC
Penyanyi dan pengacara, Fakhrul Radhi Khamarudin, dari kumpulan nasyid UNIC meluahkan rasa kesal apabila turut menjadi mangsa kecaman warganet.
Semuanya gara-gara namanya turut kelihatan dalam paparan skrin group aplikasi Telegram ‘Bantuan Covid Seni 2020’ dipercayai milik Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang tular di media sosial beberapa hari lalu.
Fakhrul ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak tahu menahu isu yang berlaku di antara Seniman dan seorang artis wanita dan hanya menerima jemputan daripada persatuan tersebut untuk masuk ke dalam group tersebut.
“Saya hanya diinvite oleh Seniman masuk group tu. Group tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang bantuan COVID-19 kepada mereka yang memerlukan.
“Ramai selebriti dalam group tu sebab 95% memang bercakap pasal bantuan, bukanlah pasal kontroversi semata-mata.
"Itu yang saya terkejut apabila nama turut terkait dalam kontroversi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini,” katanya.
Tambah Fakhrul lagi ramai warganet yang salah sangka terhadapnya kerana berada dalam ‘group bawang’.
“Sebenarnya orang salah faham. Banyak lagi perkara yang dibincangkan dalam group tu cuma, paparan skrin tersebar hanya pada bahagian tertentu sahaja.
“Jadi orang pun salah faham dan bertanya kenapa ustaz ada dalam ‘group bawang’ dan membincangkan tentang artis wanita itu.
"Peliknya satu bahagian tu saja yang viral, bab bantuan tak ada pula. Sedangkan ramai juga yang tak tahu apa berlaku,” katanya.
Bagaimanapun Fahkrul berharap agar warganet tidak ‘pukul rata’ dan memandang negatif terhadap group tersebut.
“Jangan pukul rata, bimbang nanti timbul fitnah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kontroversi
#Seniman
#Fakhrul UNIC
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement