gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'
SUKAN
MSN Sahkan Zii Jia Dalam Keadaan Baik, Sedia Hulur Bantuan
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Giliran Siapa Pula Di Kerusi The Five? Tema My FYP Penentu Segalanya, Semak Senarai Lagu Minggu Ketiga
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Saya Mahu Dikenali Menerusi Hasil Karya" - Benladin Tak Mahu Sertai Program Realiti?

Asraf Aided
Asraf Aided
06/03/2020
06:35 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mahu Dikenali Menerusi Hasil Karya" - Benladin Tak Mahu Sertai Program Realiti?
Penyanyi Benladin tidak mahu menyertai mana-mana program realiti buat masa ini.
Menurut Ben yang pernah menyertai program realiti Idola Kecil 5 pada tahun 2012, dia lebih selesa dikenali dalam industri hiburan menerusi hasil karya dan bukannya populariti yang diraih daripada penyertaan dalam mana-mana program realiti.
"Baru-baru ini, saya pernah ditawarkan masuk program realiti namun terpaksa menolaknya ketika itu kerana mahu tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menghasilkan lagu.
"Pada masa yang sama juga, saya selalu fikir mengenai impak program realiti terhadap saya, saya sedar ia mampu memberi populariti namun setakat ini saya selesa untuk berusaha sendiri sahaja.
"Saya juga lebih suka dikenali dalam industri hiburan ini menerusi hasil karya berbanding perkara lain," jelasnya.
Ben berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang berjudul Rampung bertempat di The KL Journal Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah Ben, dia juga mahu memberi ruang kepada penyanyi muda lain untuk menyertai program realiti.
"Memandangkan saya mahu fokus dengan karier saya, lebih baik saya beri peluang kepada penyanyi muda lain untuk menyertai program realiti.
"Mereka boleh menceburi bidang muzik dan pada masa yang sama, program sebegitu mampu membantu mereka," tambahnya.
Single Rampung boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih seperti Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music dan KKBox.
Muzik video rasminya pula telah ditayangkan di laman YouTube sebulan lalu dan mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta.
Topic Berkaitan
#Benladin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement