Skip to main content

Budaya Popular

“Saya Rasa Sangat Kecil” - Vivy Yusof Penuhi Undangan Pertemuan Wanita-Wanita Berkuasa Malaysia

untitled-design-2019-06-26t181058-990.jpg

Usahawan popular Datin Vivy Yusof berbangga apabila terpilih dalam kalangan wanita berkuasa untuk menyertai satu majlis makan malam anjuran Bank Negara Malaysia.

Berkongsi berita itu di laman Instagramnya, Vivy bertemu empat mata bersama ketua International Monetary Fund, Christine Lagarde untuk membincangkan topik-topik isu semasa berkaitan ekonomi.

Lawatan Lagarde ke Malaysia kali ini adalah untuk bertemu dengan wanita-wanita Malaysia yang berjaya daripada pelbagai industri.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

“Saya mendapat jemputan untuk menyertai makan malam ini walaupun at first I was thinking, what am I doing there, tapi apa-apa pun Alhamdulillah.

“Saya berasa sangat kecil untuk duduk bersama dengan wanita-wanita hebat pada malam itu. Ada di antara mereka yang mengawal ekonomi Malaysia, ada yang mencipta polisi dan saya sangat menghormati setiap daripada wanita hebat ini”, ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dUCk di Hotel Majestic semalam.

Jelasnya lagi, dia datang menjadi diri sendiri dan sumbangkan apa sahaja pengetahuannya dalam bidang perniagaan untuk dikongsi bersama tetamu yang lain.

Selain Vivy, antara wanita hebat yang turut sama memenuhi jemputan adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Gabenor Bank Negara, bekas Gabenor Bank Negara, Pengarah APEC, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan, Aireen Omar, Deborah Henry serta ramai lagi aktivis lain.

Must-Watch Video

Advertisement