Skip to main content

Hiburan

“Sasaran Saya Adalah Berlakon Lebih Banyak Filem” - Mierul Aiman

“Sasaran Saya Adalah Berlakon Lebih Banyak Filem” - Mierul Aiman

Sekilas

  • Mierul Aiman berhasrat untuk membintangi lebih banyak filem bagi mengasah kemahiran lakonan dan mengawal emosi selepas menang trofi Pelakon Lelaki Harapan di FFM35.
  • Pelakon itu menganggap anugerah sebagai rezeki dan berharap karya yang dihasilkan memberi makna serta iktibar kepada penonton.
  • Dalam perkembangan terbaru, Mierul sedang menantikan dua filem dan sebuah siri panjang, dengan satu filem sudah selesai penggambaran.
Advertisement

Pelakon Mierul Aiman menyasarkan untuk membintangi lebih banyak filem selepas meraih trofi Pelakon Lelaki Harapan menerusi Tarung: Unforgiven pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Ditanya sama ada dia menyasarkan trofi Pelakon Lelaki Terbaik selepas ini, Mierul berkata keutamaannya adalah untuk berlakon dalam lebih banyak naskhah bagi mengasah kemahiran lakonan dan belajar mengawal emosi.

Advertisement

“Sasaran saya adalah berlakon lebih banyak filem. Itu nombor satu. Nombor satu saya nak berlakon lebih banyak filem, lebih banyak naskhah, lebih banyak karya, supaya saya dapat asah kemahiran saya dalam berlakon, asah kemahiran mengawal emosi, asah kemahiran untuk menjadi seorang insan.

“Itu yang paling penting. Menjadi pelakon yang baik bermula daripada menjadi insan yang baik, kan?” katanya.

Mengulas kemenangan itu, Mierul mengakui tidak pernah menyangka akan menggenggam trofi berkenaan. Katanya, watak Atta dalam Tarung: Unforgiven memberi cabaran besar kepadanya untuk memastikan lakonannya jujur dan meyakinkan.

Advertisement

“Saya tak pernah sangka pun. Saya masih memegang impian saya, azam saya, tekad saya untuk menjadi pelakon yang ikhlas, jujur dalam watak yang saya lakukan sebab itu yang nombor satu.

“Sama juga dalam filem Tarung yang saya lakonkan, ia adalah cabaran yang besar juga untuk saya dan alhamdulillah saya cuba cari keikhlasan dan kejujuran itu untuk melakonkan watak Atta,” ujarnya.

Menurut Mierul, dia melihat anugerah sebagai rezeki dan mahu karya yang dijayakannya terus memberi makna kepada penonton.

“Anugerah ke, apa sahaja yang berkenaan dengan pengiktirafan, itu adalah rezeki Allah dan kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yang paling penting sampai kepada jiwa, orang boleh bawa balik iktibar dan makna ke dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya, Mierul memaklumkan dua filem dan sebuah siri panjang sedang menantinya. Salah satu filem itu sudah selesai menjalani penggambaran, manakala satu lagi belum memulakan penggambaran.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement