Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Sangat Takut Jika Saya Akan Disoal Satu Hari Nanti..." - Haqiem Rusli Tinggalkan Pesanan Buat Peminat

01.jpg
Walaupun sering dilanda pelbagai kontroversi, penyanyi Haqiem Rusli tetap cuba untuk melakukan yang terbaik buat peminat-peminatnya.

Pada satu entri di Instagramnya, Haqiem menulis satu pesanan kepada semua.

"Assalamualaikum. Di sini saya akan straight to the point. Antara niat saya dalam muzik hanya untuk mencari rezeki halal, menolong ibu bapa dan membuat orang yang saya sayang tersenyum.

"So apa yang saya nak jelaskan di sini adalah, saya takut, jika kehadiran saya melalaikan sesetengah orang," tulis Haqiem.



Dia juga berpesan supaya peminatnya tidak meninggalkan solat hanya kerana mahu segera menonton persembahannya, mendengar lagunya sehingga melambatkan solat dan banyak lagi.

"Senang cerita jangan tak lakukan ibadah.

"Saya sangat takut jika saya akan disoal satu hari nanti, saya ingin lakukan tanggungjawab ini terlebih dulu.

Haqiem juga berharap mesej yang ditulis membuatkan peminatnya faham apa yang ingin dia sampaikan.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement