HIBURAN
"Saya Tahu Niat Saya...Tuhan Maha Mengetahui" - 'Kenakalan' Masih Dipersoal, Ini Penjelasan Tauke Jambu
Pelawak Tauke Jambu tampil memberi penjelasan terhadap foto dirinya yang didakwa diambil ketika berparti bersama beberapa gadis di sebuah acara.
Foto tersebut telahpun tular tahun lalu, namun difahamkan, isu tersebut masih menjadi bualan ramai sehingga kini.
Menurut Tauke, dia pergi ke acara tersebut untuk memenuhi undangan dan tidak mahu menolak ajakan para tetamu yang ingin bergambar bersamanya.
"Sebenarnya saya pergi ke tempat tersebut untuk memenuhi undangan, apabila sampai di situ, ada orang ajak saya bergambar dan saya tak mahu mengelak.
"Saya tidak menolak untuk bergambar dengan sesiapa ketika itu asalkan gambar itu tidak keterlaluan.
"Bagi saya, biarlah orang nak cakap apapun tentang diri saya, yang penting saya tahu niat saya dan Allah maha mengetahui," jelasnya.
Tauke berkata demikian ketika ditemui di sidang media Teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Tauke, dia sendiri tidak pernah melihat gambar dirinya yang tersebar itu.
"Saya sendiri tak pernah lihat gambar yang tersebar itu, kalau saya menolak untuk bergambar nanti orang akan bercakap macam-macam, saya bergambar pun masih tak kena," ujarnya lagi.

Selain isu tersebut, orang ramai telah dikejutkan dengan kenyataan isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi yang mengatakan mereka sudah berpisah.
Namun tidak lama selepas itu, Nadia tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara yang diperkatakan itu tidak benar dan hanya dipengaruhi perasaan marah terhadap suaminya itu.
Must-Watch Video