Skip to main content

Selebriti

Kemelut Sudah Selesai Ke? Syida Melvin Pindah Rumah Baharu Bersama Anak-Anak - “Demi Keselesaan Mata-Mata Saksi Saya”

Kemelut Sudah Selesai Ke? Syida Melvin Pindah Rumah Baharu Bersama Anak-Anak - “Demi Keselesaan Mata-Mata Saksi Saya”

Sekilas

  • Syida Melvin berkongsi video pemindahan ke rumah baharu bersama anak-anak demi keselesaan mereka.
  • Keputusan berpindah mendapat sokongan dan doa daripada netizen di ruangan komen.
  • Syida dan bekas suami, Syafiq, bercerai pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak.
Advertisement

Pelakon media sosial, Syida Melvin sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah video dirinya dan anak-anaknya yang dipercayai telah berpindah ke rumah baharu bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syida dilihat sedang melakukan proses pemindahan dengan membawa barangan kelengkapan ke rumah tersebut. 

Menurut Syida, keputusannya untuk berpindah ke kediaman baharu adalah demi keselesaan anak-anaknya.

Advertisement

"Demi keselesaan mata-mata saksi saya,"ujarnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dengan keputusannya itu selain mendoakan agar Syida diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.

Terdahulu, Syida menerusi siaran langsung di media sosial mendesak bekas suaminya, Syafiq untuk keluar dari kediaman yang didakwa dibeli atas namanya.

Advertisement

Perkara tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas masing-masing mendedahkan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

Anda mungkin berminat dengan

Rak Buku 3 Tingkat my-com 3 Tier Bookshelf my-com/DIY Utility Shelf/Home Furniture/Wood Shelf E-3

Rak Buku 3 Tingkat my-com 3 Tier Bookshelf my-com/DIY Utility Shelf/Home Furniture/Wood Shelf E-3

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

Purfresh 200g Natural Mosquito Repellent Scented Gel | Long-Lasting Solid Fragrance with Essential Oils | For Car & Home

Purfresh 200g Natural Mosquito Repellent Scented Gel | Long-Lasting Solid Fragrance with Essential Oils | For Car & Home

[M'sia Stock] Cloth Hanger Extension

[M'sia Stock] Cloth Hanger Extension

OOKAS Meja lipat/Foldable Table/Computer table / Study Desk/Office Desk/Meja Belajar/Meja Makan 折叠桌

OOKAS Meja lipat/Foldable Table/Computer table / Study Desk/Office Desk/Meja Belajar/Meja Makan 折叠桌

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement