Skip to main content

Budaya Popular

“Saya Tak Akan Sesuka Hati Ikut Emosi Untuk Post Tanpa Bukti” – Bella Astillah Mohon Beri Ruang

bella-aliff-aziz.jpg
 
Isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah memohon masyarakat tidak terlalu cepat menilai tentang keputusannya untuk berkongsi masalah rumah tangga.
 
 Kata Bella, tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap perkara dikongsi itu tanpa mengetahui niat sebenar kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.
 
Bella meluahkan isi hatinya menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
 
“Assalammualaikum wbt. Pertama sekali, berkenaan dengan semua yang berlaku Bella terima dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini, selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam.
 
“Setiap petunjuk yang kita minta kita harus terima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm daripada beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman.
 
“Di sini saya ingin terangkan, saya bukan secerdik dan sepintar rata-rata manusia lain. Saya adalah diri saya. Saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan.
 
“Seandainya ada segelintir dan mana-mana pihak yang mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumah tangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain-lain termasuklah saya.
 
“Semoga ramai menjadikan ini sebagai iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.
 
“Saya ada bertanya dengan ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Selain itu akan lebih tenang sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha untuk mengubah diri berbanding mengubah orang lain,” tulisnya.
 
Tambah Bella lagi, dia juga tidak akan suka-suka untuk mendedahkan kebenaran tanpa sebarang bahan bukti.
 
 “Saya maafkan yang terlibat sebab saya hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka untuk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Memang akan terasa pedih dan terluka.
 
“Kita semua manusia penuh dengan kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yang perlu diungkap tak susah. Daripada menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang-terangan tetapi tidak mengaku, yang membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yang tahu kebenaran,” coretnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum wbt. Pertama sekali, berkenaan dengan semua yang berlaku Bella terima dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini,selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam. Setiap petunjuk yang kita minta kita harus terima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm daripada beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman. Disini saya ingin terangkan, saya bkn secerdik dan sepintar rata rata manusia lain. Saya adalah diri saya. saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan. Seandainya ada segelintir dan mana2 pihak yg mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumahtangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain2 termasuklah saya. Semoga ramai menjadikan ini sbg iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan. Saya ada bertanya dgn ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain itu akan lebih tenang sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha utk mengubah diri berbanding mengubah orang lain. Saya maafkan yg terlibat sbb sy hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka utk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Mmg akan terasa pedih dan terluka. Kita semua manusia penuh dgn kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yg perlu diungkap tak susah. Drpd menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang terangan tetapi tidak mengaku, yg membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yg tahu kebenaran. Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kpd keluarga dan yg terlibat sahaja. Maaf yg tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara utk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin org jadi seperti diri kita mahupun jd diri org lain. Skrg saya perlukan masa dan ketenangan utk berbincang dgn ahli keluarga? Tq

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Dalam pada itu, Bella juga memohon supaya memberikan ruang kepadanya untuk berfikir dan berbincang mengenai hal tersebut bersama keluarganya.
 
“Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terlibat sahaja.
 
“Maaf yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara untuk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin orang jadi seperti diri kita mahupun jadi diri orang lain. Sekarang saya perlukan masa dan ketenangan untuk berbincang dengan ahli keluarga. Tq,” tulisnya.
 
Terdahulu, Bella telah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.
 
 BACA: "Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari Peluk & Mabuk" - Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Curang Dengan Oktovia Manrose?
 
 BACA: Oktovia Manrose Kata Keluar Sebagai Kawan, Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz
 
Selain Oktovia, Aliff sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.
 
 BACA: “I Tak Patut Keluar Dengan Suami Orang, Terang-Terang I Yang Salah” – Menyesal, Oktovia Manrose Mohon Maaf
 
BACA: "Kebenaran Sudah Reveal, You Should Clean Your Name Back" - Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama Dari Kontroversi Aliff Aziz, Ini Jawapan Tuan Punya Badan
 
 Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.
 

Must-Watch Video

Advertisement