Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Mawi Jelaskan Tindakan Spontan Selit Selawat Ketika Persembahan Intifada - “Saya Tunggu Apa Yang…”

Mawi

Sekilas

  • Mawi jelaskan alunan selawat dalam lagu Intifada di GV Fantasia adalah spontan dan tidak dirancang sejak awal.
  • Ketua juri Datuk Ramli MS memotong markah Mawi kerana tidak dimaklumkan tentang perubahan itu semasa raptai.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan siaran setiap Ahad di Astro Ria dan platform digital.
Advertisement

Penyanyi Mawi tampil menjelaskan tindakannya menyelitkan alunan selawat ketika menyampaikan lagu Intifada pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasi (GVF).

 

Advertisement

Menurut Mawi, bahagian tersebut sememangnya sengaja dibiarkan kosong sejak awal dan dia hanya menunggu ilham yang datang ketika berada di atas pentas.

 

“Dia macam mana nak cakap? Bahagian itu memang dibiarkan kosong. Dari awal lagi saya rancang, cuma saya tunggu apa yang terilham waktu di atas pentas.

Advertisement

 

“Jadi atas pentas terkeluar itu. Itu yang terpacul. Dia spontan keluar selawat itu. Jadi itulah keluar,” katanya kepada Gempak.

 

Tambah Mawi, situasi sama pernah berlaku ketika dia menyampaikan lagu Aduh Saliha apabila secara spontan menyebut ungkapan 'hayya 'alal falah' tanpa perancangan awal.

 

“Sebab masa Aduh Saliha, saya pun tak rancang juga belakang itu nak sebut apa, tapi tersebut hayya 'alal falah. Ha, itu. Dia keluar itu.

 

“Saya tengok waktu atas pentas itu apa yang keluar. Maksudnya saya tak rancang benda itu. Saya tak nak cakap macam skrip. Scripted kan,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Mawi tidak mempertikaikan hak barisan juri untuk memotong markah persembahannya, namun mengakui lebih selesa memberikan persembahan secara bebas tanpa terlalu terikat dengan perancangan.

 

“Itu juri punya hak. Macam yang saya cakap, waktu buat persembahan, saya lebih suka bebas atas pentas.

 

“Masa waktu uji bakat pun, juri minta saya menyanyi lagu yang saya tak menyanyi dekat pentas sebelah. Apa yang terlintas, saya terus baca selawat.

 

“Sama juga, benda itu pun berlaku pada malam ini,” katanya lagi.

 

Terdahulu, ketua juri GV Fantasia, Datuk Ramli MS menegur tindakan Mawi yang menyelitkan alunan selawat di pertengahan persembahan lagu Intifada pada konsert minggu ketiga.

 

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 67, berkata, tindakan tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya kerana Mawi tidak memaklumkan perkara berkenaan ketika sesi raptai.

 

Jelasnya, situasi itu menyebabkan barisan juri terpaksa memotong banyak markah kerana susunan muzik yang digunakan tidak bersesuaian dengan elemen kerohanian yang cuba diketengahkan menerusi alunan selawat tersebut.

 

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

 

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia. 

 

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

 

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

 

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia. Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

 

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

 

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement