Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Tak Boleh Memilih" - Single Baru Semakin Diminati, Andi Bernadee Turut Terima Tawaran Berlakon Filem

andibe.jpg
Peserta program Big Stage, Andi Bernadee kini semakin ligat mengembangkan bakatnya dalam bidang hiburan.

Selepas single terbarunya, Satu Peluang diterima baik oleh peminat, Andi mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Day 7 : Ah jangan nak ckp mcm adik beradik . Tang mata sepet tuu .. ye aku tau . ? @jaasuzuran #korbanpenungguhospital

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on


Bermula dengan telefilem pertamanya, Korban Penunggu Hospital, Andi mendedahkan dirinya mendapat tawaran untuk muncul dalam sebuah filem.

"Alhamdulillah, segalanya semakin baik. Selepas tersingkir dari Big Stage, semuanya dipermudahkan. Single terbaru saya, Satu Peluang menjadi lagu tema untuk drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek.

"Saya juga sudah mula berlakon menerusi Korban Penunggu Hospital. Syukur kerana saya juga menerima tawaran baru untuk muncul dalam sebuah filem sebagai pelakon undangan," katanya.

Andi ditemui di majlis pelancaran muzik video single Satu Peluang di Warner Music Malaysia, Menara TSR, Mutiara Damansara, baru-baru ini.


Tidak menyifatkan tindakannya sebagai sesuatu yang tamak, jejaka ini hanya mahu mencuba bidang baru.

"Sebagai pendatang baru, saya sedar yang saya tidak boleh memilih. Bukan mahu bolot semua, tetapi saya hanya mahu menguji kebolehan yang ada.

"Apa yang penting, bidang muzik dan lakonan bergerak sama dan saya harus memberikan kualiti kerja yang baik dalam kedua-duanya," katanya lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hatiku masih berdebar , tiap kali bertemu .. ??? 30.10.2018 . #satupeluang #damesolouna #cikreenencikngokngek

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on


Menerusi muzik video single Satu Peluang, ia turut menampilkan bintang drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 2018 / 2019, Haneesya Hanee.

Must-Watch Video

Advertisement