HIBURAN
"Saya Tak Mahu Demand!" - Tasha Shilla
Pelakon Tasha Shilla tidak mahu meletakkan harga yang terlalu tinggi sebagai bayaran dalam lakonannya.
Menurut Tasha, meskipun dia tidak mengenakan harga bayaran yang tinggi, namun ia harus setimpal dengan kualiti dan pengalaman lakonannya.
"Saya kini telah kembali aktif berlakon di kaca TV, bercakap mengenai bayaran, saya tidak mahu demand harga yang terlalu tinggi.
"Namun begitu, kadar bayaran itu haruslah sesuai dengan kualiti lakonan dan pengalaman saya dalam industri selama ini," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tasha kini membintangi drama bersiri Kau Yang Pertama yang disiarkan di TV3, ia turut menampilkan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah sebagai tunjang utama.
Tasha akui teruja bekerjasama dengan barisan pelakon baru dalam drama tersebut.
"Saya sangat teruja bekerjasama dengan mereka kerana banyak idea baru yang ditampilkan, semoga ada banyak lagi kerjasama dengan pelakon-pelakon baru selepas ini," tambahnya.
Sedikit info mengenai Tasha, pelakon kelahiran Selangor ini mulai aktif di industri hiburan tanah air menerusi drama bersiri Gemilang dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Must-Watch Video