HIBURAN
“Saya Tak Ramai Kawan Perempuan, Tapi ‘R’ Yang Paling Rapat Dalam Hidup Ketika Ini” – Haqiem Rusli
Penyanyi Haqiem mengakui sedang berkawan rapat dengan gadis yang juga model muzik videonya Selamat Tinggal Sayang.
Haqiem berkata, dia mengenali gadis yang dipanggil sebagai R, 16 tahun yang berasal dari Sydney Australia itu sejak dua tahun lalu.
“Saya memang tidak ramai kawan perempuan dan R adalah teman yang paling rapat dalam hidup ketika ini.
“Walaupun baru berusia 16 tahun, pemikirannya sangat matang dan saya selesa berkawan dengannya,” katanya.
Mengulas detik perkenalan mereka, kata Haqiem, dia bertemu R ketika mengadakan persembahan di sebuah universiti di Sydney, Australia, dua tahun lalu.
“R juga antara peminat yang datang menonton persembahan saya ketika itu.
“Kami juga saling berhubung selepas pertemuan tersebut.
“Hubungan kami juga rapat hingga saya turut menawarkannya menjadi model dalam muzik video Selamat Tinggal Sayang yang menjalani penggambaran di Sydney sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, kata Haqiem, dia tidak dapat mengelak bila ada pihak termasuk warganet yang mendakwa mereka kini bercinta.
“Keluarga juga tahu kami berkawan rapat.
“Buat masa ini, kami juga selesa berkawan dulu dan kalau ada jodoh adalah,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video