Penyanyi Lan Solo memaklumkan dia bakal mengerjakan ibadah umrah bersama isterinya, Nur Sheila Hassim bersama keempat-empat anaknya.
Bakal berangkat pada hari ini, Lan dan isteri turut memohon maaf dan mengharapkan perjalanan mereka sekeluarga dipermudahkan.
"Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
"Dengan rendah hati, saya mewakili isteri serta anak-anak memohon semua sama-sama berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.
"Sebagai manusia, kami tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Dengan kesempatan ini, dapatlah andainya semua yang membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dari segala segi.
"Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yang keruh dapat dijernihkan dari hati ke hati.
"Seandainya perjalanan ini adalah perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dengan hanya satu kebaikan yang pernah kami lakukan sekiranya ada.
"Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi," tulis Lan menerusi akaun Instagramnya.
Perkongsian Lan dan Sheila itu dihujani doa daripada peminat yang mengharapkan mereka sekeluarga beroleh ibadah yang mabrur.
Lan dan Sheila dikurniakan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff,4, dan Nur Amna Quxandra yang berusia setahun.