Skip to main content

Hiburan

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Jadi Anak - “Kewujudan Tara Memberikan Makna Untuk Terus…”

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Jadi Anak - “Kewujudan Tara Memberikan Makna Untuk Terus…”

Sekilas

  • Noh Salleh berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun pertama anak perempuannya, Tara Svara, yang disifatkan sebagai kurniaan Tuhan paling indah.
  • Sepanjang setahun membesarkan Tara, Noh dan isteri banyak belajar dan teruja melihat perkembangan anak mereka yang semakin bijak dan cantik.
  • Noh berharap agar mereka dikurniakan kesabaran dan ilmu dalam membesarkan Tara supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.
Advertisement

Penyanyi, Noh Salleh menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya, Tara Svara yang kini genap berusia setahun pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noh yang memuat naik beberapa foto memaparkan momen comel Tara meluahkan rasa syukur atas kehadiran anaknya itu yang disifatkan sebagai kurniaan Tuhan paling indah buat dirinya dan isteri.

Advertisement

Menurut Noh, sepanjang setahun membesarkan Tara, mereka banyak mempelajari perkara baharu selain teruja menyaksikan perkembangan anaknya yang semakin membesar.

“Genap setahun sejak kami menyambut Tara ke dunia. Ini adalah kurniaan Tuhan yang paling indah buat kami suami isteri.

“Kami lalui dan pelajari banyak perkara sepanjang setahun membesarkan Tara yang semakin hari semakin cantik dan bijak.

Advertisement

“Setiap hari kami menyaksikan mekarnya Tara dengan kejutan-kejutan manis yang sangat di luar jangkaan. Kadangkala terasa masa berjalan sangat pantas,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, pemilik nama Mohammad Noh Salleh Sadeli ini turut menyifatkan kehadiran Tara telah membuatkan dia lebih bersyukur dan merasakan semakin dekat dengan Tuhan.

“Kehadiran Tara memberikan kami makna untuk terus hidup sekali gus menjadikan kami lebih bersyukur dan yakin bahawa Allah tidak pernah lupa dengan hamba-hamba-Nya yang lalai ini.

“Dengan Tara, saya merasakan semakin dekat dengan Tuhan dan jelaslah pusat graviti kehidupan saya hanya berpandukan ujian kesabaran dan rasa syukur penuh cinta kasih sayang kepada-Nya.

“Dengan Tara, saya melihat betapa agungnya cinta seorang isteri, pengorbanan yang setara seperti yang selalu diungkapkan dalam hadis selayaknya penghuni syurga,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Sang Penikam ini berharap agar dia dan isteri dikurniakan kesabaran serta ilmu yang mencukupi sepanjang membesarkan Tara.

“Kami menghargai doa-doa kalian di luar sana dari awal Tara dalam kandungan sampailah hari kelahirannya, juga doa-doa supaya kami menjadi orang tua yang sabar dan cukup ilmu kepakaran untuk membesarkan Tara agar menjadi manusia yang bijak pandai dan akan berbakti kepada orang tua, agama, bangsa, negara dan alam.

“Semoga Allah melancarkan jalan hidup Tara Svara. Selamat hari lahir anakku. Bapak sayang kamu,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Noh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023 yang lalu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement