Skip to main content

Budaya Popular

"Sebab Aku Tahu Kehidupan Aku Tak Semeriah Orang Lain" - Wan Sharmila Terkedu Apabila Orang Tanya Pasal ...

lala-parents-header.jpg
Pelakon Wan Sharmila akui terkesan apabila ada segelintir pihak yang bertanyakan perihal peribadinya di khalayak umum.

Berdepan situasi tak terjangka baru-baru ini, pelakon yang mesra disapa Lala ini kelu apabila diajukan tentang soalan ahli keluarga yang telah tiada.

"Kejadian berlaku di meja makan beramai-ramai. 

"Bila tetiba kau kena jawab kat orang yang parents dah tak ada. Pehh terus rasa krik-krik kat diri sendiri.

"Sebab tu kadang-kadang aku tak selesa when orang tanya-tanya pasal personal.

"Sebab aku tahu kehidupan aku tak semeriah orang lain. Apapun aku syukur for everything. Eh I’m fine la," tulisnya menerusi akaun Twitter semalam.
 
Status itu sedikit sebanyak menyentuh hati peminatnya yang turut mengalami situasi sama sepertinya.

Untuk rekod, Lala kehilangan ibunya, Raidah Abd Aziz pada Julai 2015.

Advertisement

Must-Watch Video