HIBURAN
"Sebab Awak Terlalu Muda Lah Tak Matang. Semua Benda Nak ..." - Buat Kejutan Untuk Isteri, Netizen Tidak Puas Hati Dengan Tindakan Fizi Ali
Penyampai radio Suria, Fizi Ali telah memuat naik sebuah rakaman video kejutan buat isterinya aktres Shakilla Khoriri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Video tersebut menunjukkan Fizi menghadiahkan sebuah telefon bimbit sempena menghargai pengorbanan Shakilla melahirkan anak mereka, Ameena Sofia.
Namun, video tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Fizi.
Netizen itu berpendapat lebih baik menghadiahkan barang kemas kerana boleh digadaikan ketika berada dalam keadaan susah nanti.
Fizi tidak berdiam diri malah terus menjawab.



Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Must-Watch Video