Pelawak dan penyampai radio Sinar, Jep Sepahtu memberikan semangat kepada isterinya, pelakon Sari Yanti yang melalui episod duka baru-baru ini.
Pada Februari lalu, Sari menjalani pembedahan selepas anak kedua mereka yang dikandung tidak bergerak lagi.
Ketika itu, usia kandungan Sari memasuki tiga bulan.
"Tipulah kalau kata tak sedih, saya selaku ketua keluarga, saya tak menunjukkan kesedihan tu..
"Lebih-lebih lagi kalau saya tunjukkan kesedihan, akan membuatkan isteri saya kecewa.
"Saya sentiasa positifkan dia, Insya-Allah ada rezeki lain menanti. Percaturan Allah lebih hebat dan tepat.
"Saya banyak bagi kata-kata semangat kepada isteri. Di awalnya, memang sangat 'down'... Tapi, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah," kata Jep kepada HLive.
Jep dan Sari telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).