Skip to main content

Berita

“Saya Harap Dia Dapat Berlakon Ikut Syariat Islam” - Suami Shiqin Kamal

“Saya Harap Dia Dapat Berlakon Ikut Syariat Islam” - Suami Shiqin Kamal

Sekilas

  • Shiqin Kamal kini lebih mengambil kira pandangan suami dalam memilih skrip dan watak selepas berkahwin.
  • Suaminya, Mika Irfan, berharap Shiqin dapat meneruskan kerjaya seni mengikut syariat Islam walaupun cabarannya besar.
  • Shiqin dan Mika mengikat tali pertunangan selepas lebih setahun berkenalan dan sah bergelar suami isteri dalam majlis di Petaling Jaya.
Advertisement

Pelakon, Shiqin Kamal  mengakui selepas bergelar isteri, dia akan lebih banyak mengambil kira pandangan suami dalam pemilihan skrip dan tuntutan watak sesebuah naskhah.

Pemilik nama penuh Nur Ashiqin Mohd Kamal,35 itu berkata dia pernah berbincang dengan suaminya, Mika Irfan mengenai hal tersebut sebelum ini untuk mengetahui penerimaannya terhadap kerjaya Shiqin.

Advertisement

“Saya sebelum ini pernah juga berkongsi skrip atau babak yang diterima dengan dia untuk mengetahui pandangannya. Sebab dari situlah kita dapat tahu secara dalam tentang dia.

“Saya juga kena tahu selepas kahwin ini boleh ke tidak saya teruskan berlakon, tapi Alhamdulillah, setakat ini semua jawapannya positif,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Mika berharap isterinya dapat meneruskan kerjaya seni dengan berlandaskan syariat Islam.

Advertisement

“Kalau boleh, saya berharap dia dapat berlakon mengikut syariat. Mungkin ini boleh menjadi pengembaraan atau peluang baharu dalam industri perfileman.

“Saya tahu perkara itu bukan mudah kerana kadangkala ada babak tertentu yang perlu dilakukan untuk menyampaikan maksud di sebalik sesuatu adegan.

“Namun, kalau boleh, saya berharap dia dapat berlakon mengikut syariat. Saya sendiri tidak pasti sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak,”ujarnya.

Sekadar info, Shiqin sah bergelar isteri kepada jurulatih sukan dan memanah, Mika Irfan, 28 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di GlamHall Damansara, Petaling Jaya.

Sebelum ini, pasangan itu berkenalan selama lebih setahun dan mengikat tali pertunangan pada 29 Ogos 2026.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement