Penyanyi muda Haqiem Rusli mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu Qiemilio di showcase A Nite With Haqiem Rusli yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, malam tadi.
Gagal menahan sebak, Haqiem terharu melihat sokongan keluarga dan peminat sepanjang perjalanan karier seninya berlangsung.
"Lagu tersebut memang saya tujukan untuk peminat. Ketika menyanyikan lagu itu, saya terkenang perjalanan saya dalam industri seni dan kehadiran saya sering disokong peminat dan keluarga.
"Perkara itu membuatkan saya sebak apabila melihat mereka memenuhi ruang dewan untuk menyaksikan showcase saya. Saya rasa sangat dihargai dan menangis kerana terharu," kata Haqiem.

Menerusi showcase A Nite With Haqiem Rusli yang berlangsung selama lebih dua jam itu, Haqiem menghiburkan 400 peminat yang hadir dengan seleksi lagu popularnya seperti Jatuh Bangun, Tergantung Sepi dan Selamat Tinggal Sayang.
Haqiem juga turut menyanyikan lagu-lagu cover seperti Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta, Seniman Menangis dan Gerimis Mengundang.
"Alhamdulillah, biarpun saya berlatih selama dua hari sahaja, semuanya berjalan lancar. Cuma, ada satu lagu yang saya tak sempat nyanyikan iaitu lagu Segalanya yang merupakan single pertama saya.
"Semuanya kerana durasi showcase ini yang sudah 'overrun'. Saya berterima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang hadir ke showcase saya serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi," katanya lagi.
Kredit foto: Instagram @kakifoto_