HIBURAN
Sebak! Ucapan Khas Uqasha Untuk Nelydia Buat Netizen Sedih
Pelakon cantik Uqasha Senrose mendedikasikan ucapan khas untuk adiknya, aktres Nelydia Senrose yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lalu.
Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Uqasha, aktres filem Hantu Kak Limah ini berkongsi foto Nelydia di malam resepsi perkahwinan bersama kapsyen istimewa.
"Masya-Allah B, awak cantik sangat tapi malam semalam awak tersangatlah extra cantik. The dress makeup just so perfect that night.
"Again B tahniah dah jadi bini orang hehe macam tak percaya langsung Baby dah ada new life, nanti puasa and raya tahun ni B beraya dengan suami, dah tak boleh nak tidur sama-sama dan bangun sahur or nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa hahaha.
"And raya pun sama nanti dah tak boleh share one room and try-try baju raya sama-sama sebab B ada tanggungjawab lain kena sediakan makan pakai cik husband pulak.
"Thank you B bagi Sha seorang abang which is @mhafezhalimi. Hafez please jaga Baby baik-baik tau! Kalau dia meragam pun layankan je tau sebab dia manja and kejap je if dia cranky.
"Sha nak cepat-cepat anak sedara sebab Aryan Khan dah besar dah. So nak jaga anak Baby pulak. I love you so much Nelydia," tulis Uqasha panjang lebar.
Di ruangan komen, rata-rata peminat tersentuh selepas membaca dedikasi istimewa Uqasha untuk adik kesayangannya.

Nelydia mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April lalu.
Must-Watch Video