HIBURAN
"Sebulan Aku Tak Balik Rumah Memang Betul, Tapi..." - Suami Nadya Syahera Komen Isu Curang
Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi mengakui dia tidak pulang ke rumah selama sebulan.
Menurut Fizul, dia sibuk berniaga di tiga buah negeri pada bulan Ramadan yang lalu.
Fizul berkongsi cerita di laman Instagram miliknya selepas Nadya mendakwa suaminya berlaku curang dengan adik pengasas produk kosmetik.
"Okay isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di tiga negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu.
"Memang tak sempat nak balik sebab terlalu busy. Siang berniaga di bazar Ramadan, malam berniaga pulak di Starvillion Gong Badak.
"Memang tak sempat nak balik. Siap-siap kemas pun jam 4 pagi malam Raya," tulis Fizul.

Tambah lelaki itu, kepada mereka yang tak tahu cerita sebenar, lebih baik untuk tidak memberikan sebarang ulasan.
"Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja dan kami tak gaduh pun. Tapi bila dah viral, jujur aku jadi serabut.
"Ni angkara mulut isteri aku dan wartawan. Hingga melibatkan family memang aku jadi tak tentu arah. Memang serabut.
"Doa baik-baik. Saya sayang keluarga terutama anak-anak @aleenarose_dan @dayyanfn," tulisnya.
Sebelum ini, Nadya mengakui rumah tangganya bersama suaminya sedang berantakan.
Nadya mendakwa suaminya curang setelah mendapat bukti bergambar bahawa lelaki itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan.
Gadis itu dikatakan adik kepada seorang pengasas produk kosmetik popular.
Must-Watch Video