Pengacara Neelofa mengejutkan ramai apabila mengumumkan berundur dari rancangan hiburan popular MeleTOP.
Pengumuman itu sekali gus menjawab spekulasi ramai selepas pengacara itu dikhabarkan bakal menarik diri selepas tujuh tahun bersama rancangan itu.
"Saya dengan berat hati akan meninggalkan rancangan MeleTOP dan ini menjadi bulan terakhir saya.
"MeleTOP telah banyak mendidik saya dan kerjaya seni saya membesar bersama rancangan ini. Ia ibaratnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya sebak.
Terdahulu Neelofa dan pengacara bersama Nabil Ahmad pernah mengumumkan untuk menarik diri daripada pencalonan Anugerah MeleTOP tahun ini.
Neelofa dan Nabil digandingkan untuk mengemudi MeleTOP sejak tahun 2012.
MeleTOP memasuki usia lapan tahun pada November 2019.