Keluarga Iskandar The Movie (KITM) terus menerima reaksi positif daripada penonton sejak ia ditayangkan Khamis lalu.
Memaparkan komedi kekeluargaan dalam bentuk ‘mockumentary’, KITM sedikit sebanyak telah mengubah lanskap pembikinan filem.
Advertisement
Tinjauan Gempak di media sosial juga mendapati ramai memuji gaya komedi yang ditampilkan dalam filem ini.
Malah, tidak keterlauan jika ada netizen yang menganggap KITM sebagai filem komedi terbaik pernah ditonton mereka.
“Selesai menonton KITM semalam. Ternyata ia salah satu filem komedi terbaik pernah saya tonton, setelah sekian lama.
“Skrip dia sangat baik, tahniah penulis skrip,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Arief Freddy Azman.
Selain itu menurut seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai Aizat, dia berpuas hati apabila KITM mencapai jangkaannya.
“Dah follow sejak siri lagi, jadi saya letak harapan tinggi untuk filem ini. Ternyata KITM tidak mengecewakan, saya beri 8/10,” katanya.
Bagi anda yang belum menonton KITM, kenalah tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.