Skip to main content

Budaya Popular

"Semoga Bertemu Imam Yang Membimbing Ke Jannah" - Jasmin Hamid Panjat Doa Untuk Anak Perempuan Sempena Hari Jadi

jasmin-hana-header.jpg
Pelakon Jasmin Hamid melayangkan doa buat anak perempuannya, Rohanna, yang meraikan ulangtahun kelahiran pada hari ini.

Menerusi ucapannya di Instagram, Jasmin berdoa supaya Hana dikurniakan jodoh yang boleh membimbingnya ke syurga.

"Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan usia anak perempuan saya Hana sampai hari ini.

"Mohon Allah merahmati usia yang telah diberikan buatnya, dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.. Bertemu dengan imam yang akan membimbingmu ke jannah.

"Sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah, di kurniakan pengakhiran hidup yang baik. Doa ibu tak pernah putus untuk anak ibu," tulis Jasmin.
 

Peminat setia pelakon itu turut mengambil kesempatan mengirimkan ucapan hari jadi buat Hana menerusi entri terbabit.

Untuk rekod, Hanna yang bekerja di sebuah klinik dijadikan anak angkatnya sejak berusia 20 tahun lagi.

Advertisement

Must-Watch Video