Skip to main content

Budaya Popular

Semoga Dipanjangkan Umur & Dapat Jadi Daddy Tak Lama Lagi - Noor Nabila

sharnaaz-ahamd-noor-nabila.jpg
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor Sharnaaz Ahmad, isterinya, Noor Nabila mendoakan agar mereka dikurniakan cahaya mata.
 
Menerusi nukilan entri terbaru di akaun Instagramnya, Nabila yang juga kakak kepada aktres Neelofa itu juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat mencintai dirinya.
 
Nukilan istimewa beserta foto bersama Sharnaaz itu dimuat naik hari ini.
 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat juga tidak ketinggalan memberikan ucapan ucapan hari jadi kepada Sharnaaz.
 
Mereka juga turut mendoakan agar pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Foto: Instagram Noor Nabila

Teks oleh: Mya Amri
 

Must-Watch Video

Advertisement