Skip to main content

Budaya Popular

Sempena Ulang Tahun Ke-10 KAMI The Movie... Liyana Jasmay & Nas-T Kongsi Memori Manis... Throwback Betul!

kamithem.jpg
Filem KAMI The Movie meninggalkan sejarah tersendiri serta memberikan impak istimewa terhadap remaja yang sedang membesar ketika karya itu ditayangkan pada tahun 2008.

Bermula dengan KAMI The Series yang disiarkan di kaca televisyen pada tahun 2007, versi filem dengan judul KAMI The Movie pula ditayangkan pada 1 Oktober 2008... Sedar tak sedar, 10 tahun sudah berlalu!

Karya arahan pengarah Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak ini juga dikatakan menjadi pemangkin kepada perubahan yang terjadi dalam arena muzik tempatan yang menyaksikan kebangkitan banyak band indie di Malaysia.

Filem ini dibarisi oleh ramai pelakon berbakat seperti Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nas-T, Syarul Ezani, Zayanah Ibrahim, Zahiril Adzim dan ramai lagi.

Sempena ulang tahun ke-10 KAMI The Movie, Liyana dan Nas-T berkongsi memori manis penglibatan mereka dalam filem tersebut menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10 years ago I casted for KAMI. I've met with two most passionate couple Fizi and Fendi who wanted to tell their stories. I was lucky to be a part of it. We didn't know each other at that moment, but look at the chemistry we build in the series and film. It was genuine. I've learned thru out of my journey as an actor, an observer and now a creator, is how to touch people's heart. Eventho it is one single soul. Congratulations to Fizi and Fendi for your stories. For touching thousand of young hearts who have watched KAMI. For giving them reasons to believe and hope. It's amazing what a film can do to us. Congrats to Lina Tan for producing such great film. To all you KAMI fans, thank you ❤️

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat turut sama-sama mengimbau kenangan manis masing-masing dan mengakui filem KAMI The Movie memberikan impak besar dalam kehidupan mereka ketika sedang meningkat dewasa.

Must-Watch Video

Advertisement