Skip to main content

Hiburan

Gara-Gara Satu Rumah Jatuh Sakit, Ayda Jebat Ambil Alih Tugas Memasak... Nabil Puji Hasil Air Tangan Isteri!

Gara-Gara Satu Rumah Jatuh Sakit, Ayda Jebat Ambil Alih Tugas Memasak... Nabil Puji Hasil Air Tangan Isteri!

Sekilas

  • Ayda Jebat berkongsi video percubaan pertamanya memasak untuk keluarga selepas suami dan anak-anaknya kurang sihat serta pembantu rumah menjalani kuarantin.
  • Dia memohon sokongan netizen sambil mengakui masih baru dalam memasak dan cuba sedaya upaya menyediakan hidangan.
  • Suami Ayda, Nabil Mahir, memuji masakan tersebut dan netizen serta rakan artis turut memberikan pujian atas usaha Ayda.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dirinya cuba menyediakan hidangan buat keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat mengakui itu merupakan percubaan pertamanya untuk memasak sendiri.

Advertisement

Menurut Ayda, dia terpaksa mengambil alih tugas memasak selepas suami, Nabil Mahir dan anak-anak mereka kurang sihat, manakala pembantu rumah pula perlu menjalani kuarantin akibat dijangkiti cacar air.

"Yang korang tunggu jadi ke tak kan? Hahahah!

"Bagi semangat! Percubaan pertama jadi! Kot. Sis kena masak sebab lepas babies dan Nabil influenza, helper pula chicken pox. Kuarantin. So mak mood on.

Advertisement

"Sis cuba. Sorry maaf shakap kalau tak sama dengan style korang, saya baru first time nak masak," tulisnya.

Lebih menarik, suaminya, Nabil Mahir turut memuji hidangan yang disediakan oleh Ayda Jebat.

"Jadi doh, mana awak belajar. Saya tahu bukan beli sebab saya nampak awak masak. Pas sedap," komen Nabil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis memuji Ayda kerana berjaya menyediakan hidangan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement