Skip to main content

Budaya Popular

Seriuslah, Bersunat Pun Datang Tengok Polis Evo 2? Hebat Betul

polis-evo-2-sunat.jpg
Pelakon Zizan Razak terkejut sebaik sahaja mengetahui ada dikalangan peminat yang hadir menonton filem Polis Evo 2 (PE2) merupakan kanak-kanak bersunat.
 
Zizan mendedahkan perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG) story miliknya semalam.
 
Video itu dirakamkan dalam sebuah panggung wayang ketika siri jelajah skuad PE2 di Johor Bahru baru-baru ini.
 
Video itu merakamkan gelagat dua kanak-kanak kecil yang memakai kain pelikat baru sahaja selesai menonton filem tersebut.
 
Difahamkan dua orang kanak-kanak kecil itu baru sahaja bersunat.
 
“Apa yang best hari ini orang tengok Polis Evo semua okay, yang ini je ha. Bersunat pun datang tengok Polis Evo,” usik Zizan.
 
Kata-kata Zizan itu kemudiannya mengundang ketawa penonton di dalam panggung.
 
Hebat bukan penangan Polis Evo 2?
 
Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.
 
 Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
 
 Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
 
Jaga-jaga boh!
 
 Foto: Instagram @zizanrazak869
 

Must-Watch Video

Advertisement