Skip to main content

Selebriti

“Saya Dedikasikan Buat Arwah Abah Yang Tercinta…” - Anis Suraya Syukur Raih CGPA 4.00

“Saya Dedikasikan Buat Arwah Abah Yang Tercinta…” - Anis Suraya Syukur Raih CGPA 4.00

Sekilas

  • Anis Suraya berjaya memperoleh CGPA 4.00 dalam pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • Anis mendedikasikan kejayaan itu kepada arwah bapanya sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang.
  • Anis berharap ilmu yang diperoleh dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pelajar serta generasi pecinta seni.
Advertisement

Penyanyi, Anis Suraya meluahkan rasa syukur apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK atau CGPA) 4.00 dalam pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Lebih menyentuh hati, Anis atau nama sebenarnya, Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, 46,  mendedikasikan kejayaan tersebut buat arwah bapanya yang tercinta sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang insan istimewa itu.

Advertisement

“Alhamdulillah, syukur. Final result CGPA 4.00. Saya dedikasikan buat arwah abah yang tercinta,” coretnya menerusi hantaran di Threads.

Dalam masa sama, Anis juga berharap ilmu dan pengalaman yang dikumpul sepanjang pengajian itu bukan sekadar menjadi pencapaian peribadi, sebaliknya dapat dimanfaatkan untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain.

“Terima kasih kepada pensyarah UPSI atas bimbingan sepanjang pengajian, kepada suami dan anak-anak atas pengertian dan sokongan, Anis Ctr Fans, keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan yang sentiasa mendoakan saya.

Advertisement

“Semoga ilmu yang diperoleh dapat saya kongsikan dengan pelajar dan generasi pecinta seni,” tulisnya.

Untuk info, Anis sebelum ini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sumber: Instagram @anissurayaofficial

 

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement