Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini semakin aktif menghasilkan video di laman YouTube.
Menerusi saluran YouTube miliknya, Siti Official Video, pelantun lagu Kau Kekasihku ini kerap mengemas kini video dan berkongsi kandungan terbaru eksklusif untuk peminat.
"Sebenarnya, saluran itu dah lama wujud. Tapi jarang dikemas kini. Namun begitu, saya dan pihak pengurusan memutuskan untuk aktif berkongsi kandungan di sana.
"Alhamdulillah, penerimaan peminat sangat memberangsangkan dan kini jumlah 'subscribers' sudah melebihi 232,000 pengguna. Saya tak sangka apa yang saya kongsi mendapat respon positif peminat," katanya.
Ketika ditanya adakah perkongsian di laman YouTube berkenaan dengan kehidupan sehariannya akan menyebabkan nilai eksklusifnya terjejas, penyanyi lagu Kasihku Selamanya ini mempunyai jawapan tersendiri.
"Saya memang mahu menonjolkan sisi berbeza Siti Nurhaliza dalam video yang saya keluarkan. Peminat dapat saksikan apa yang mereka belum pernah lihat.
"Namun begitu, saya tak tunjukkan semua perkara. Apa yang saya paparkan itu memang bersesuaian untuk dikongsikan. Tak semua didedahkan," jelas Siti.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan konsert mini pada 14 September akan datang.
BACA: "Saya Saja Nak Usik-Usik... Bergurau" - Siti Nurhaliza Tak Sangka Komen Balas Jadi Viral
Konsert mini Shopee X SimplySiti ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati dan akan berlangsung pada jam 8.30 malam.