Skip to main content

Budaya Popular

Siti Nurhaliza Antara Peserta Kayuhan Basikal 30 KM Ahad Ini

ctbbefunky-collage.jpg
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza  merupakan salah seorang dari 1600 peserta yang akan menyertai program kayuhan santai Bank Muamalat Avillion Coastal Ride 2019 Ahad ini.

Berita itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram rasmi Astro AWANI semalam.

Pelantun lagu Anta Permana itu dijangka akan menyertai kategori kayuhan sejauh 30 kilometer.

Jarak kayuhan tersebut akan bermula dari hotel Avillion Admiral Cove dan melalui Politeknik Port Dickson, pintasan Teluk Kemang, Jalan Sri Rusa, Jalan Pantai dan berakhir di hotel berkenaan.

Seperti diketahui ramai, penyanyi kesayangan ramai ini sememangnya aktif berbasikal dan pernah memenangi pertandingan sebelum ini.
 
 

BACA : Harga Tayar Basikal Boleh Beli Proton Saga? Ini Komen Tok Ti!

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement