Bila sudah bergelar selebriti, semua perkara yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian! Begitu juga dengan penyanyi Siti Sarah yang tidak terlepas daripada cakap-cakap nakal orang di luar sana.
Antaranya, apabila memuatnaik foto mesra bersama suaminya, Shuib, Sarah dikatakan berpura-pura berbuat demikian hanya untuk menutup masalah yang berlaku dalam rumah tangganya.
Tapi sebenarnya menurut Sarah, untuk apa berkongsi masalah di media sosial kerana perkara tersebut tidak membawa sebarang manfaat.
Ada juga yang mengatakan Sarah kerap memuat naik foto bersama Shuib kerana ingin menutup sikap cemburunya?
Sarah dikatakan seorang isteri yang cemburu dan ‘queen control’, sebab itulah dia kerap mempamerkan kemesraan bersama suami di media sosial!
Foto/Video: Instagram @sitisarahraissuddin