HIBURAN
"Surprise Semalam Tak Berapa Menjadi .." - Eyra Hazali Sambut Ulang Tahun Kelahiran Tunang
Pelakon Eyra Hazali buat kejutan untuk sambutan hari jadi tunangnya, penjaga gol pasukan bola sepak bawah 22 tahun, Muhammad Haziq Nadzli.
Sambutan hari jadi yang ke-21 Haziq itu diadakan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Eyra berkongsi sekeping foto bersama Haziq di akaun Instagram (IG) peribadinya serta memberi sedikit ucapan khas buat tunangnya.
"Happy birthday sayang. May Allah bless you with endless happiness!
"Surprise semalam tak berapa menjadi but its okay, hope you like it!
"Please know that Im always with you no matter what happens.
"I love you my fiance. Oh hope you like the trophy," tulisnya.
Ruangan komen IG dihujani dengan ucapan ulang tahun dari pengikut Eyra buat Haziq.
Eyra dan Haziq telah bertunang pada 1 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.
Must-Watch Video