HIBURAN
Sweetnya...Risteena Munim Bawa Tunang Balik Kampung!
Pelakon Risteena Munim berkongsi momen gembira ketika membawa tunang, Isa Khan pulang ke negeri asalnya iaitu Pulau Pinang.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.
Menurut Risteena, dia gembira kerana dapat membawa Isa menikmati makanan di pulau mutiara itu.
"Happy sangat dapat bawa tunang balik ke kampung halaman, dia suka sangat makanan Penang, kitorang memang geng makan.
"Apa yang saya suka makan, dia pun suka, itulah sebab saya sayang dia!" tulis Risteena sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut yang meninggalkan respon positif di ruangan komen, rata-rata mereka turut menyukai makanan di Pulau Pinang.
Terdahulu, Risteena dan Isa mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin pada 19 Oktober namun hubungan mereka terhenti di tengah jalan.
Must-Watch Video