Skip to main content

Budaya Popular

Tahniah! Bella Nazari Selamat Bertunang

bella_1.jpg
Pelakon dan penyanyi Bella Nazari selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Iqbal Kamarudin.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram (IG)nya.

"Alhamdulillah. One step closer. May this one last forever," tulisnya secara ringkas.

Majlis pertunangan tersebut telah diadakan di kampung halamannya, Utan Aji, Perlis pada Sabtu lalu (26 Oktober).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Bella mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

"@elvinamohamad: Congrats babe! Tak sabar nak makan nasi minyak you."

"@julianaaffens: Alhamdulillah tahniah sayang."

"@lightofwomen.cinta: Tahniah Biella! Semoga kau bahagia dan jodoh berpanjangan hingga akhir hayat. Amin."

"@nursyxff_: Congrats kak bella. Hope until jannah."

Terdahulu, Bella pernah bertunang dengan seorang anggota polis namun tidak kesampaian apabila ikatan terlerai pada Mac 2017.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullilah.. One step closer ? May this one last forever.

A post shared by BELLA NAZARI OFFICIAL IG (@bella.nazari) on

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement