HIBURAN
“Tahun Depan Dapat Menantu”- Anak Gmie Screen Selamat Bertunang
Anak sulung bekas bintang Gegar Vaganza 3 (GV3), Gmie selamat melangsungkan pertunangan hari ini.
Berita gembira itu dimaklumkan Gmie yang juga merupakan vokalis kumpulan Screen menerusi kemas kini di akaun Instagram (IG) miliknya sebentar tadi.
Gmie yang memuat naik foto pertunangan anaknya itu juga turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menerima menantu tahun depan.
“Alhamdulillah anak sulung dah selamat bertunang. InshaAllah tahun depan dapat menantu!” tulisnya.
Khabar gembira Gmie itu disambut dengan ucapan tahniah daripada pengikut IGnya.
Must-Watch Video