HIBURAN
"Tahun Depan Kami Balik Bertiga" - Aiman & Zahirah Berangkat Ke Australia Untuk Urusan Bersalin
Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson telah berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin pada Jumaat.
Maklum pasangan terbabit menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka dijangka akan kembali semula ke tanah air pada tahun hadapan.
"Selepas tidak tidur malam... Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya.
"Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti," tulis Zahirah.
Terdahulu, pasangan itu berkongsi perkembangan semasa mereka sedang sibuk mengemas dan membungkus barangan keperluan bayi untuk dibawa ke Australia.
Zahirah dijangka bakal bersalin pada Disember ini.
Pasangan itu telah diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.
Pada 2019, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Must-Watch Video