Skip to main content

Hiburan

Mierul Aiman Harap Zarif Ghazzi Terus Cekal & Tabah - "Dia Berikan Yang Terbaik Di Set..."

Mierul Aiman Harap Zarif Ghazzi Terus Cekal & Tabah - "Dia Berikan Yang Terbaik Di Set..."

Sekilas

  • Mierul Aiman mendoakan Zarif Ghazzi kekal tabah menghadapi dakwaan salah laku dan menyerahkan perkara itu kepada undang-undang untuk tindakan adil.
  • Pelakon Kudrat 1968 itu memuji profesionalisme Zarif sepanjang penggambaran kempen jenama yang mereka jalani bersama tanpa membincangkan isu peribadi.
  • Pengurusan Zarif menegaskan mereka serius dengan dakwaan tersebut dan Zarif menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Advertisement

Pelakon Mierul Aiman mendoakan rakan seperjuangannya, Zarif Ghazzi, terus cekal berdepan dakwaan serta isu salah laku yang dikaitkan dengannya.

Mierul berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada undang-undang dan berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil.

Advertisement

“Saya faham sesuatu situasi, tak kisahlah situasi itu ringan ataupun tegang, itu salah satu proses yang kita semua akan lalui. Bukan sebagai seorang pelakon saja, tapi sebagai seorang manusia juga.

“Sekarang situasi yang tegang mungkin berlaku kepada salah seorang rakan saya, Zarif Ghazzi. Saya percaya pengurusan dia melakukan kerja yang terbaik.

“Saya lebih rela untuk meletakkan segalanya kepada undang-undang kita dan saya boleh mendoakan semua pemain dalam industri ini terus kekal teguh, kekal tabah, termasuklah kawan saya sendiri, untuk cekal dalam menghadapi situasi yang tegang ini,” katanya.

Advertisement

Mierul turut berharap rakan-rakan dalam industri kreatif terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya masing-masing.

“Saya tahu semua pemain dalam industri kreatif ini mahukan yang terbaik dalam karier mereka, berazam untuk menjadikan sesebuah naskhah itu naskhah yang terbaik. Saya harap kita semua terus menjadi lebih baik setiap hari,” ujarnya.

Pelakon filem Kudrat 1968: High Council itu juga berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dalam menangani isu berkenaan.

“Saya berharap undang-undang dan pihak yang berkuasa menjalankan tugas ini dengan adil supaya keadilan itu tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, Mierul yang kini menjalani penggambaran kempen sebuah jenama bersama Zarif berkata, dia tidak pernah bertanya mengenai isu tersebut kepada rakannya itu.

“Saya sedang menjalani penggambaran dengan dia untuk sebuah kempen jenama dan saya tak pernah buka mulut tentang soalan ini. Saya tak pernah tanya tentang isu ini.

“Apa yang saya nampak, Zarif Ghazzi adalah rakan lakon saya, rakan kerja saya dan dia berikan yang terbaik di set. Saya melihatnya dari sudut kerja. Hal peribadi dia, saya tak pernah tanya lebih. Pengurus dia selalu berada dengan dia dan kita hormat bahagian itu,” katanya.

Menurut Mierul, Zarif kekal profesional sepanjang mereka bekerja bersama.

“Alhamdulillah, setakat ini dia sangat profesional dan saya rasa profesionalisme itu saya perlu ambil contoh juga. Seperti yang saya cakap tadi, situasi tegang ataupun ringan akan berlaku dalam proses menjadi seorang manusia dan profesionalisme itu saya nampak pada diri dia,” ujarnya.

Terdahulu, pihak pengurusan Zarif menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan mereka memandang serius dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon itu. Menurut kenyataan sama, Zarif menafikan dakwaan berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement