Skip to main content

Budaya Popular

"Taip, Mekap, Makan Dengan Tangan Kiri" - Tisu Bengkak Punca Tangan Ernie Zakri Berbalut

ernie-tangan-header.jpg
Penyanyi Ernie Zakri menerusi akaun Twitternya berkongsi keadaan terkini tangan kanannya yang cedera ketika menjalani latihan kecergasan semalam.

Akibat kecederaan itu, tisu pada bahagian tangannya membengkak hingga terpaksa dibalut bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.

"Boleh buat rock kecil je. Sementara ini saya taip, mekap, makan (pakai sudu) dan sebagainya dengan tangan kiri.

"Punca? Pergi buat pumping sampai tissue bengkak," tulisnya.
 
Keadaan pelantun lagu Ku Bersuara itu mengundang kerisauan peminatnya yang turut mendoakan agar segera sembuh.

Dalam perkembangan lain, Ernie bakal mengadakan persembahan khas sempena minggu setiausaha An Afternoon of Elegance; When Heart Needs a Beat bersama penyanyi Syamel pada 24 April nanti.

Acara anjuran Nafis Global Resources Sdn. Bhd. dengan kerjasama Rocketfuel Entertainment itu akan diadakan di Hotel Marriot Putrajaya.

Bertemakan klasik elegan, tetamu istimewa bakal dihiburkan dengan persembahan tiga jam tanpa henti oleh kedua-dua penyanyi bersuara merdu itu.

Tiket boleh dibeli secara individu atau berkumpulan menerusi tempahan meja di talian 018-2993868.

Must-Watch Video

Advertisement