Skip to main content

Budaya Popular

"Tak Ada Luck, Buat Pun Tak Laku" - Enggan Hasilkan Filem? Ini Penjelasan Datuk Rosyam Nor!

rn.jpg
Pelakon dan penerbit berpengalaman, Datuk Rosyam Nor membuat keputusan untuk tidak lagi menghasilkan filem di bawah syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Menurut Rosyam, keputusan itu dibuat selepas melihat nasib yang menimpa kebanyakkan filem terbitannya yang kurang diterima ramai.

"Senang cerita saya tak ada luck. Buat filem je tak laku.

"Ramai tanya nak buat filem ke? Terus terang nak hasilkan filem ni jangka masanya lama dan kena fokus lebih.

"Jadi lebih baik saya fokus drama dan perniagaan runcit yang lebih menguntungkan," katanya.

Menurutnya, dia walaubagaimanapun masih kekal aktif dalam bidang lakonan dan sedia menerima watak yang bersesuaian.

"Soal lakonan pula saya masih aktif. Tidak lama lagi saya akan muncul dalam filem JRetribusi dan Motif," katanya.

Rosyam ditemui ketika tayangan perdana filem pendek berjudul Warung Kami, di mmCineplex, Petaling Jaya baru-baru ini.

Filem Warung Kami berdurasi lapan minit itu menceritakan pengorbanan seorang ayah dalam memastikan masa depan anak lelakinya.

Difahamkan filem pendek itu merupakan cetusan idea Pengarah Urusan Ternak Group of Companies, Datuk Raymond Ho dengan kerjasama ST Rosyam Mart.

Anda boleh tonton filem tersebut di bawah:

 
 

Must-Watch Video

Advertisement