Pelakon Jasmine Elizabeth tidak kisah dengan soal bayaran yang diterima ketika menjayakan sesebuah karakter.
Mula menceburkan diri dalam industri hiburan pada tahun 2013, wanita berbangsa Cina ini pernah membintangi beberapa naskhah antaranya Kampung Girl, Hang Li Po, Janji Jaslina, Alahai Abah serta filem Juvana 2 dan 3.
"Lakonan memang menjadi jiwa saya. Bagi saya, beraksi dan berlakon di hadapan kamera sudah memadai. Kalau saya tak terima bayaran sekali pun, saya tetap akan terus berlakon dan mencari peluang untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang lakonan.
"Pengalaman membintangi beberapa naskah berbahasa Melayu menjadikan minat yang ada semakin mendalam. Sejujurnya, ia membuatkan saya semakin teruja mendalami bidang seni. Walaupun hanya menjayakan peranan kecil, saya cukup gembira," katanya.
Mula meminati bidang lakonan semenjak kecil, Jasmine akan terus bersetuju dengan mana-mana tawaran lakonan jika berkelapangan.
“Semenjak kecil, saya memang meminati dunia lakonan. Saya gemarkan pendedahan untuk melakonkan pelbagai karakter. Biarpun tidak menerima sebarang bayaran sekali pun, saya akan tetap meneruskannya dengan hati ikhlas.
“Setiap kali menerima tanggungjawab untuk menjayakan mana-mana watak, saya langsung tidak pernah bertanya berapa bayaran yang akan saya perolehi. Jika ada masa terluang dan kesempatan, saya pastinya akan terus bersetuju dan menjadikan ia sebagai satu cabaran dalam kerjaya saya,” katanya lagi.