Penyanyi Ara Johari mengambil langkah berjaga-jaga agar kejadian yang berlaku tidak berulang semula.
Pada Anugerah Juara Lagu ke-32 yang berlangsung pada awal tahun ini, Ara bertanding menyampaikan lagu Warkah Untukku.
Namun begitu, Ara kehilangan suaranya beberapa hari sebelum pertandingan.
"Insya-Allah, untuk edisi Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) tahun depan, saya akan memberi penekanan terhadap penjagaan vokal.
"Saya akan ambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan nasihat doktor kerana tak mahu kejadian lama berulang kembali," katanya.
Mara ke pentas AJL33 dengan lagu Bunga, Ara berusaha untuk memberikan sebuah persembahan mantap demi peminat yang memberikan sokongan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sekali lagi saya diberikan peluang untuk bersaing di pentas berprestij ini.
"Bayangkan, jika dulu saya hanya menyaksikan penyanyi senior seperti Misha Omar, Siti Sarah, Siti Nordiana menyanyi, kini saya dapat peluang bersaing dengan mereka di AJL33.
"Saya bakal berusaha untuk memberikan persembahan terbaik agar dapat menyampaikan maksud lagu Bunga itu dengan sebaik mungkin, Insya-Allah," katanya.
AJL33 bakal berlangsung pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Foto: Instagram Muzik Muzik 33 / @badrulazhar_