Skip to main content

Budaya Popular

"Tak Payah 'Glamourkan' Dia Lah..." - Aliff Syukri Enggan Ulas Isu Dengan Baby Shima

aliff-syukri-baby-shima.jpg
 Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menolak dakwaan sesetengah netizen yang menganggap perbalahan dengan penyanyi Baby Shima sebagai gimik.

Tambah Aliff Syukri lagi dia juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memberi populariti percuma kepada penyanyi dangdut itu.

“Sudah-sudahlah tanya saya mengenai dia (Baby Shima). Saya pun tak faham kenapa dia nak panjang-panjangkan lagi isu.

“Sudahlah, banyak lagi yang saya perlu fikirkan selain benda remeh sebegini. Terpulang kepada dia mengganggap saya ‘propa’ minta maaf atau apa,” katanya kepada Gempak.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan duta terbaru dan penjenamaan semula produk DHerbs.

Isu di antara Aliff dan Baby Shima bermula apabila penyanyi tersebut memberi komen mengenaii lagu baru usahawan tersebut, Cowok Baru.

Menerusi komennya Shima memberi pendapat lagu itu menarik tetapi seperti tidak kena dengan vokal Aliff.

Bagaimanapun selepas Baby Shima memberi pendapat, Aliff dikatakan melenting tidak tentu pasal kerana tidak boleh menerima pandangannya.
 
 

Must-Watch Video

Advertisement